Pernah tersiar bahawa Penggodam Malaysia ditahan sebelum ini. Heboh di laman-laman blog kes ini. Kini , penggodaman yang di katakan dari luar pula berlaku. Siapakah sebenarnya dalang utama penggodam ini? Ia masih dalam siasatan. Yang pasti penggodaman ini membuktikan bahawa sistem internet memerlukan kekuatan firewall lebih tinggi lagi untuk masa akan datang. Bukan itu sahaja , sistem yang dibina sendiri amat perlu.
Mengapa? Sistem yang berasaskan perisian luar adalah satu sebab utama mengapa sistem komputer mudah diserang penggodam. Kita mempunyai kepakaran sendiri jika tenaga pakar yang masih berselindung disebalik dinding rendah diri bersama-sama mereka sistem, tidak ada yang mustahil. Pernah heboh dilaman-laman blog sebelum ini bahawa seorang peggodam iaitu Lin Mun Poo(sumber more), ditangkap kerana menggodam Bank Rizab Amerika. Jika kita ambil sudut lain, kita mempunyai kepakaran. Namun seringkali penggodam ini terjebak menjadi Peggodam Gelap (Black Hacker).
Harapan saya sendiri, semua penggodam yang lahir di Negara ini bersama-sama melindungi sistem Negara. Ia lebih membuktikan kehebatan mereka. Bagaimana, teori penggodaman adalah kunci pakar penggodam. Kunci ini jika disalurkan pada perkara baik, baik lah ia. Jika di salurkan kepada perkara jahat, jahatlah ia. Seperti dadah, ia boleh diproses menjadi ubat, juga boleh diproses menjadi racun.
No comments:
Post a Comment