sponsor Links

Pages

Thursday, 16 June 2011

Penggodaman (Hacking) Laman Kerajaan

            Hacker adalah seorang pelaku godaman iaitu dipanggil juga penggodam. Telah disiarkan berita mengenai penggodaman ke laman web kerajaan. Apakah sebenarnya penggodaman? Penggodaman adalah satu pencorobohan. Penggodam dibahagikan kepada 2 kategori utama yang dikenali white hacker dan black hacker. Kedua penggodam ini melakukan kerja yang sama namun melalui cara berbeza.
Black hacker ia adalah penggodam yang mencoroboh tanpa tanggungjawab, mereka mengodam dengan mengganggu sistem, merosakkan sistem, mencuri data, atau sebagainya dengan tidak berkebenaran. Mereka menggodam menggunakan banyak cara iaitu, melalui pintu belakang dan bermacam lagi. Apa yang diperlukan mererka bukan sahaja data namun kunci utama yang boleh membuka banyak pintu. Virus adalah satu alat yang biasa digunakan untuk memecahkan firewall atau code password.   Ini sanggat bahaya dan kita haruslah beringat terutam semasa melibatkan akaun peribadi di internet amnya.
White hacker  adala penggodam yang bertujuan baik. Bukan untuk menjatuhkan orang lain, mengganggu sistem atau sebagainya. Kita ambil contoh,  jika kita tertinggal kunci kereta didalam kereta. Tentu kita tidak ingin memecahkan cermin atau mengopek pintu kereta hingga mencacatkan kereta tersebut, Apa yang kita ingin adalah sesorang boleh membuka dengan cara tidak merosakkan sedikit pun kereta itu. Mungkin menggunakan master key atau sebagainya. Begitu juga white hacker. Ia adalah amat perlu jika contohnya kehilangan password dan sebagainya
Penggodaman adalah satu kemahiran namun undang-undang tersedia bagi pencorobohan tanpa ada kebenaran. Bagi menghindari  pengodaman. Sentiasa update password, jangan mempercayai laman web yang meminta update password dengan mudah, sentiasa update antivirus.


No comments:

Post a Comment