Penggodaman. Saya ingin ceritakan mengenai pengodaman sedikit mendalam. Kita tahu dunia siber adalah dunia tanpa sempadan. Bermakna tahap keselamatan adalah berisiko tinggi untuk diceroboh.
Bagaimana? Laman-laman internet sekarang ini berkembang maju. Dan kerap yang diutamakan adalah pendapatan, apa lagi pendapatan yang menjadi sumber yang tidak memerlukan ramai pekerja. Terdapat sistem yang hanya server yang beroperasi sudah cukup untuk memainkan peranan sebagai robot siber ala-ala terminator.
Menggapa saya katakan terminator. Banyak laman-laman pengodam sekarang ini berniaga untuk merungkai rasia penting, asalkan mendapat bayaran. Maklumat seperti kata laluan bagi akaun email adalah sudah menjadi kebiasaan mereka sekarang ini untuk mencoroboh. Dan bila satu pintu akaun sudah dibuka, pintu-pintu akaun lain juga sudah mudah diceroboh.
Kita ambil contoh kereta. Kereta dipasang dan apabila sudah dikunci, pintu dapat dibuka hanya apabila memiliki kunci kereta itu. namun dari dalam bagaimana pula? Selalunya ia hanya semudah menarik picu, dan membukanya. Dan apabila seorang sudah dapat membuka satu pintu dengan kepakaran tanpa memecahkan cermin tersebut, dia sudah boleh mendapat banyak maklumat dari benda-benda yang ditinggalkan pemilik kereta itu. Tambah parah lagi jika orang meletakan alat pengintipan seperti wireless cctv dan bermacam lagi alat canggih. Bukankah pemilik kereta sebenar itu dalam keadaan bahaya.
Begitu juga penggodaman. Apabila satu pintu sudah dibuka, dengan kepakarannya, ia dapat membuka pintu lain dengan lebih mudah,namun bergantung pada kepakaran penggodam. Dan ini kita harus awasi. Lima 6 tips saya cadangkan untuk menghindari digodam:
i. Jangan dedahkan password.
· Kita tahu bahawa password harus dirasiakan. Bukan itu sahaja , bina password yang bercampur abjad dan nombor, huruf besar dan kecil. Bina hingga dalam kategori kuat (strong). Adalah lebih baik menghindari menggunakan password dari nombor telefon, nombor kad pengenalan, atau dari maklumat peribadi peribadi lain.
ii. Jangan dedahkan maklumat peribadi .
· Jangan dedahkan maklumat peribadi dengan sesiapa pun..
iii. Jangan melayari laman tidak dikenali .
· Jangan melayari laman web yang tidak dikenali. Ini kerana laman itu berkemungkinan digunakan penggodam. Dengan mengetahui nombor IP Address anda , anda mungkin akan tersenarai dalam orang-orang yang akan digodam.
iv. Jangan gunakan software yang tidak berlesen atau fail yang dikongsi atau fail yang tidak dikenali.
· Virus adalah alat yang boleh digunakan untuk menggodam, virus juga boleh diselitkan pada fail lebih-lebih lagi installer.
v. SENTIASA UPDATED PASSWORD
· Sentiasa perbaharui password. Ini lebih memaksimakan kekuatan password.
vi. Jangan dedahkan EMAIL.
· Jangan dedahkan email. Dengan email, penggodam juga boleh menggunakan sebagai laluan. Ini adalah kerana ada laman-laman web yang boleh mendapatkan password dengan mudah.
No comments:
Post a Comment