sponsor Links

Pages

Saturday, 18 June 2011

6 tip hindar penggodaman (avoid hackers)


Penggodaman. Saya ingin ceritakan mengenai pengodaman sedikit mendalam. Kita tahu dunia siber adalah dunia tanpa sempadan. Bermakna tahap keselamatan adalah berisiko tinggi untuk diceroboh.
            Bagaimana? Laman-laman internet sekarang ini berkembang maju. Dan kerap yang diutamakan adalah pendapatan, apa lagi pendapatan yang menjadi sumber yang tidak memerlukan ramai pekerja. Terdapat sistem yang hanya server yang beroperasi sudah cukup untuk memainkan peranan sebagai robot siber ala-ala terminator.
            Menggapa saya katakan terminator. Banyak laman-laman pengodam sekarang ini berniaga untuk merungkai rasia penting, asalkan mendapat bayaran. Maklumat seperti kata laluan  bagi akaun email adalah sudah menjadi kebiasaan mereka sekarang ini untuk mencoroboh. Dan bila satu pintu akaun sudah dibuka, pintu-pintu akaun lain juga sudah mudah diceroboh.
            Kita ambil contoh kereta. Kereta dipasang dan apabila sudah dikunci, pintu dapat dibuka hanya apabila memiliki kunci kereta itu. namun dari dalam  bagaimana pula? Selalunya ia hanya semudah menarik picu, dan membukanya. Dan apabila seorang sudah dapat membuka satu pintu dengan kepakaran tanpa memecahkan cermin tersebut, dia sudah boleh mendapat banyak maklumat dari benda-benda yang ditinggalkan pemilik kereta itu. Tambah parah lagi jika orang meletakan alat pengintipan seperti wireless cctv dan bermacam lagi alat canggih. Bukankah pemilik kereta sebenar itu dalam keadaan bahaya.
            Begitu juga penggodaman. Apabila satu pintu sudah dibuka, dengan kepakarannya, ia dapat membuka pintu lain dengan lebih mudah,namun bergantung pada kepakaran penggodam. Dan ini kita harus awasi. Lima 6 tips saya cadangkan untuk menghindari digodam:
                                  i.            Jangan dedahkan password.
·        Kita tahu bahawa password harus dirasiakan. Bukan itu sahaja , bina password yang bercampur abjad dan nombor, huruf besar dan kecil. Bina hingga dalam kategori kuat (strong). Adalah lebih baik menghindari menggunakan password dari nombor telefon, nombor kad pengenalan, atau dari maklumat peribadi peribadi lain.
                                ii.            Jangan dedahkan maklumat peribadi .
·        Jangan dedahkan maklumat peribadi dengan sesiapa pun..
                              iii.            Jangan melayari laman tidak dikenali .
·        Jangan melayari laman web yang tidak dikenali. Ini kerana laman itu berkemungkinan digunakan penggodam. Dengan mengetahui nombor IP Address anda , anda mungkin akan tersenarai dalam orang-orang yang akan digodam.
                              iv.            Jangan gunakan software yang tidak berlesen atau fail yang dikongsi atau fail yang tidak dikenali.
·        Virus adalah alat yang boleh digunakan untuk menggodam, virus juga boleh diselitkan pada fail lebih-lebih lagi installer.
                                v.            SENTIASA UPDATED PASSWORD
·        Sentiasa perbaharui password. Ini lebih memaksimakan kekuatan password.
                              vi.            Jangan dedahkan EMAIL.  
·        Jangan dedahkan email. Dengan email, penggodam juga boleh menggunakan sebagai laluan. Ini adalah kerana ada laman-laman web yang boleh mendapatkan password dengan mudah.


Thursday, 16 June 2011

Penggodaman (Hacking)


Pernah tersiar bahawa Penggodam Malaysia ditahan sebelum ini. Heboh di laman-laman blog kes ini. Kini , penggodaman yang di katakan dari luar pula berlaku. Siapakah  sebenarnya dalang utama penggodam ini? Ia masih dalam siasatan. Yang pasti penggodaman ini membuktikan bahawa sistem internet memerlukan kekuatan firewall lebih tinggi lagi untuk masa akan datang. Bukan itu sahaja , sistem yang dibina sendiri amat perlu.
Mengapa? Sistem yang berasaskan perisian luar adalah satu sebab utama mengapa sistem komputer mudah diserang  penggodam. Kita mempunyai kepakaran sendiri jika tenaga pakar yang masih berselindung disebalik dinding rendah diri bersama-sama mereka sistem, tidak ada yang mustahil. Pernah heboh dilaman-laman blog sebelum ini bahawa seorang peggodam  iaitu Lin Mun Poo(sumber more), ditangkap kerana menggodam Bank Rizab Amerika. Jika kita ambil sudut lain, kita mempunyai kepakaran. Namun seringkali penggodam ini terjebak menjadi Peggodam Gelap (Black Hacker).
Harapan saya sendiri, semua penggodam yang lahir di Negara ini bersama-sama melindungi sistem Negara. Ia lebih membuktikan kehebatan mereka. Bagaimana, teori penggodaman adalah kunci pakar penggodam. Kunci ini jika disalurkan pada perkara baik, baik lah ia. Jika di salurkan kepada perkara jahat, jahatlah ia. Seperti dadah, ia boleh diproses menjadi ubat, juga boleh diproses menjadi racun.  

Penggodaman (Hacking) Laman Kerajaan

            Hacker adalah seorang pelaku godaman iaitu dipanggil juga penggodam. Telah disiarkan berita mengenai penggodaman ke laman web kerajaan. Apakah sebenarnya penggodaman? Penggodaman adalah satu pencorobohan. Penggodam dibahagikan kepada 2 kategori utama yang dikenali white hacker dan black hacker. Kedua penggodam ini melakukan kerja yang sama namun melalui cara berbeza.
Black hacker ia adalah penggodam yang mencoroboh tanpa tanggungjawab, mereka mengodam dengan mengganggu sistem, merosakkan sistem, mencuri data, atau sebagainya dengan tidak berkebenaran. Mereka menggodam menggunakan banyak cara iaitu, melalui pintu belakang dan bermacam lagi. Apa yang diperlukan mererka bukan sahaja data namun kunci utama yang boleh membuka banyak pintu. Virus adalah satu alat yang biasa digunakan untuk memecahkan firewall atau code password.   Ini sanggat bahaya dan kita haruslah beringat terutam semasa melibatkan akaun peribadi di internet amnya.
White hacker  adala penggodam yang bertujuan baik. Bukan untuk menjatuhkan orang lain, mengganggu sistem atau sebagainya. Kita ambil contoh,  jika kita tertinggal kunci kereta didalam kereta. Tentu kita tidak ingin memecahkan cermin atau mengopek pintu kereta hingga mencacatkan kereta tersebut, Apa yang kita ingin adalah sesorang boleh membuka dengan cara tidak merosakkan sedikit pun kereta itu. Mungkin menggunakan master key atau sebagainya. Begitu juga white hacker. Ia adalah amat perlu jika contohnya kehilangan password dan sebagainya
Penggodaman adalah satu kemahiran namun undang-undang tersedia bagi pencorobohan tanpa ada kebenaran. Bagi menghindari  pengodaman. Sentiasa update password, jangan mempercayai laman web yang meminta update password dengan mudah, sentiasa update antivirus.