sponsor Links

Pages

Saturday, 18 June 2011

6 tip hindar penggodaman (avoid hackers)


Penggodaman. Saya ingin ceritakan mengenai pengodaman sedikit mendalam. Kita tahu dunia siber adalah dunia tanpa sempadan. Bermakna tahap keselamatan adalah berisiko tinggi untuk diceroboh.
            Bagaimana? Laman-laman internet sekarang ini berkembang maju. Dan kerap yang diutamakan adalah pendapatan, apa lagi pendapatan yang menjadi sumber yang tidak memerlukan ramai pekerja. Terdapat sistem yang hanya server yang beroperasi sudah cukup untuk memainkan peranan sebagai robot siber ala-ala terminator.
            Menggapa saya katakan terminator. Banyak laman-laman pengodam sekarang ini berniaga untuk merungkai rasia penting, asalkan mendapat bayaran. Maklumat seperti kata laluan  bagi akaun email adalah sudah menjadi kebiasaan mereka sekarang ini untuk mencoroboh. Dan bila satu pintu akaun sudah dibuka, pintu-pintu akaun lain juga sudah mudah diceroboh.
            Kita ambil contoh kereta. Kereta dipasang dan apabila sudah dikunci, pintu dapat dibuka hanya apabila memiliki kunci kereta itu. namun dari dalam  bagaimana pula? Selalunya ia hanya semudah menarik picu, dan membukanya. Dan apabila seorang sudah dapat membuka satu pintu dengan kepakaran tanpa memecahkan cermin tersebut, dia sudah boleh mendapat banyak maklumat dari benda-benda yang ditinggalkan pemilik kereta itu. Tambah parah lagi jika orang meletakan alat pengintipan seperti wireless cctv dan bermacam lagi alat canggih. Bukankah pemilik kereta sebenar itu dalam keadaan bahaya.
            Begitu juga penggodaman. Apabila satu pintu sudah dibuka, dengan kepakarannya, ia dapat membuka pintu lain dengan lebih mudah,namun bergantung pada kepakaran penggodam. Dan ini kita harus awasi. Lima 6 tips saya cadangkan untuk menghindari digodam:
                                  i.            Jangan dedahkan password.
·        Kita tahu bahawa password harus dirasiakan. Bukan itu sahaja , bina password yang bercampur abjad dan nombor, huruf besar dan kecil. Bina hingga dalam kategori kuat (strong). Adalah lebih baik menghindari menggunakan password dari nombor telefon, nombor kad pengenalan, atau dari maklumat peribadi peribadi lain.
                                ii.            Jangan dedahkan maklumat peribadi .
·        Jangan dedahkan maklumat peribadi dengan sesiapa pun..
                              iii.            Jangan melayari laman tidak dikenali .
·        Jangan melayari laman web yang tidak dikenali. Ini kerana laman itu berkemungkinan digunakan penggodam. Dengan mengetahui nombor IP Address anda , anda mungkin akan tersenarai dalam orang-orang yang akan digodam.
                              iv.            Jangan gunakan software yang tidak berlesen atau fail yang dikongsi atau fail yang tidak dikenali.
·        Virus adalah alat yang boleh digunakan untuk menggodam, virus juga boleh diselitkan pada fail lebih-lebih lagi installer.
                                v.            SENTIASA UPDATED PASSWORD
·        Sentiasa perbaharui password. Ini lebih memaksimakan kekuatan password.
                              vi.            Jangan dedahkan EMAIL.  
·        Jangan dedahkan email. Dengan email, penggodam juga boleh menggunakan sebagai laluan. Ini adalah kerana ada laman-laman web yang boleh mendapatkan password dengan mudah.


Thursday, 16 June 2011

Penggodaman (Hacking)


Pernah tersiar bahawa Penggodam Malaysia ditahan sebelum ini. Heboh di laman-laman blog kes ini. Kini , penggodaman yang di katakan dari luar pula berlaku. Siapakah  sebenarnya dalang utama penggodam ini? Ia masih dalam siasatan. Yang pasti penggodaman ini membuktikan bahawa sistem internet memerlukan kekuatan firewall lebih tinggi lagi untuk masa akan datang. Bukan itu sahaja , sistem yang dibina sendiri amat perlu.
Mengapa? Sistem yang berasaskan perisian luar adalah satu sebab utama mengapa sistem komputer mudah diserang  penggodam. Kita mempunyai kepakaran sendiri jika tenaga pakar yang masih berselindung disebalik dinding rendah diri bersama-sama mereka sistem, tidak ada yang mustahil. Pernah heboh dilaman-laman blog sebelum ini bahawa seorang peggodam  iaitu Lin Mun Poo(sumber more), ditangkap kerana menggodam Bank Rizab Amerika. Jika kita ambil sudut lain, kita mempunyai kepakaran. Namun seringkali penggodam ini terjebak menjadi Peggodam Gelap (Black Hacker).
Harapan saya sendiri, semua penggodam yang lahir di Negara ini bersama-sama melindungi sistem Negara. Ia lebih membuktikan kehebatan mereka. Bagaimana, teori penggodaman adalah kunci pakar penggodam. Kunci ini jika disalurkan pada perkara baik, baik lah ia. Jika di salurkan kepada perkara jahat, jahatlah ia. Seperti dadah, ia boleh diproses menjadi ubat, juga boleh diproses menjadi racun.  

Penggodaman (Hacking) Laman Kerajaan

            Hacker adalah seorang pelaku godaman iaitu dipanggil juga penggodam. Telah disiarkan berita mengenai penggodaman ke laman web kerajaan. Apakah sebenarnya penggodaman? Penggodaman adalah satu pencorobohan. Penggodam dibahagikan kepada 2 kategori utama yang dikenali white hacker dan black hacker. Kedua penggodam ini melakukan kerja yang sama namun melalui cara berbeza.
Black hacker ia adalah penggodam yang mencoroboh tanpa tanggungjawab, mereka mengodam dengan mengganggu sistem, merosakkan sistem, mencuri data, atau sebagainya dengan tidak berkebenaran. Mereka menggodam menggunakan banyak cara iaitu, melalui pintu belakang dan bermacam lagi. Apa yang diperlukan mererka bukan sahaja data namun kunci utama yang boleh membuka banyak pintu. Virus adalah satu alat yang biasa digunakan untuk memecahkan firewall atau code password.   Ini sanggat bahaya dan kita haruslah beringat terutam semasa melibatkan akaun peribadi di internet amnya.
White hacker  adala penggodam yang bertujuan baik. Bukan untuk menjatuhkan orang lain, mengganggu sistem atau sebagainya. Kita ambil contoh,  jika kita tertinggal kunci kereta didalam kereta. Tentu kita tidak ingin memecahkan cermin atau mengopek pintu kereta hingga mencacatkan kereta tersebut, Apa yang kita ingin adalah sesorang boleh membuka dengan cara tidak merosakkan sedikit pun kereta itu. Mungkin menggunakan master key atau sebagainya. Begitu juga white hacker. Ia adalah amat perlu jika contohnya kehilangan password dan sebagainya
Penggodaman adalah satu kemahiran namun undang-undang tersedia bagi pencorobohan tanpa ada kebenaran. Bagi menghindari  pengodaman. Sentiasa update password, jangan mempercayai laman web yang meminta update password dengan mudah, sentiasa update antivirus.


Saturday, 14 May 2011

APA ITU CPU, MONITOR, TETIKUS, PAPAN KEKUNCI.

Gambarajah Blok Sistem Komputer.
CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan input, output dan peranti storan kawalan. Komputer boleh menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat. Kelajuan pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang, penempahan tiket kapal terbang, penempahan bilik hotel dan sebagainya.
Tiga Komponen Utama CPU:-
-Unit Kawalan.
-Unit Arithmatik dan LOgik (ALU)
-Storan Utama.

Monitor Komputer
Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan atau imej, dalam keadaan pegun atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.
Tedapat empat jenis Monitor masa kini, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.
Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.

Tetikus
Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan kursor atau penunjuk pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang digerakan  di atas permukaan keras dan rata. Terdapat banyak jenis tetikus seperti tetikus menggunakan bebola, optical dan sebagainya.

Papan Kekunci
Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

  • menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
  • bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
  • mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
  • menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.
Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.

Tuesday, 10 May 2011

ASAS SET KOMPUTER.

BERIKUT ADALAH SENARAI ALAT ASAS BAGI SATU SET KOMPUTER.
  1. -CPU
  2. -MONITOR
  3. -KEYBOARD
  4. -MOUSE


Sunday, 8 May 2011

APA ITU KOMPUTER?

Komputer adalah berasal daripada perkataan "Computare" bermaksud mengira seperti mesin kira, Slide rule dan lain-lain. Komputer adalah media elektronik yang berupaya menterjemah dan melaksanakan arahan-arahan input , output dan operasi logik.
Komputer membaca daripada media input atau media storan dan menulis pada media output atau media storan.  Biasanya data input dimasukkan oleh operator data kedalam media storan melalui papan kunci dan dapat dilihat pada monitor. Apabila data dan maklumat telah diproses maka outputnya boleh ditulis pada media output seperti alat pencetak atau cakera.





Contoh 1 Set Komputer (mouse,keyboard, monitor, CPU).