Gambarajah Blok Sistem Komputer.
CPU merupakan perkakasan yang berfungsi untuk menterjemah dan melaksanakan arahan aturcara dan berkomunikasi dengan input, output dan peranti storan kawalan. Komputer boleh menghantar pada kelajuan 654,000 kaki sesaat. Kelajuan pemprosesan komputer adalah penting dalam melancarkan perjalanan urusan seharian seperti pengeluaran wang, penempahan tiket kapal terbang, penempahan bilik hotel dan sebagainya.Tiga Komponen Utama CPU:-
-Unit Kawalan.
-Unit Arithmatik dan LOgik (ALU)
-Storan Utama.
Monitor Komputer
Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan atau imej, dalam keadaan pegun atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.
Tedapat empat jenis Monitor masa kini, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.
Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.
Tetikus
Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan kursor atau penunjuk pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang digerakan di atas permukaan keras dan rata. Terdapat banyak jenis tetikus seperti tetikus menggunakan bebola, optical dan sebagainya.
Papan Kekunci
Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.
- menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
- bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
- mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
- menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.
Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.
Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.